Wednesday, June 4, 2014

Home » » Review Xiaomi Mi3 Malaysia

Review Xiaomi Mi3 Malaysia

Share


Review Xiaomi Mi3 Malaysia

Nama Xiaomi mula menjadi bualan hangat penggemar gajet. Biarpun buatan China, ia mempunyai inovasi mengagumkan di samping harga yang murah.

IT@Metro yang berpeluang mengujinya mendapati kerangka model Xiaomi terbaru, Mi3 diperbuat dari aloi aluminium magnesium menjadikannya tahan lasak tetapi ringan, hanya seberat 145g. 

Berdasarkan ketebalan hanya 8.1mm, kerangka Mi3 pula tidak boleh dibuka sekali gus baterinya yang berkapasiti 3050mAH tidak boleh ditukar. 

Skrin Mi3 sebesar lima inci menggunakan teknologi IPS yang menjadikannya boleh dilihat sehingga sudut 178 darjah.

Skrin IPS juga lebih mudah kelihatan di bawah sinaran matahari, tidak seperti skrin AMOLED yang digunakan pengeluar lain.

Mi3 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 800AB Quad Core dengan kelajuan 2.3GHz beserta GPU Adreno 330 dengan RAM DDR3 2GB yang turut mempunyai memori dalaman 16GB. 




Malangnya, tiada memori luaran boleh ditambah pada Mi3 ini. 

Rangkaian data yang disokong Mi3 hanya maksimum HSPA+ 42Mbps, bermakna tiada capaian 4G LTE pada Mi3 tetapi ia lengkap dengan sambungan tanpa wayar yang lain seperti NFC, Bluetooth 4.0, AGPS dan GPS+Glonass. 

Sejarah Xiaomi bermula dengan penghasilan sistem operasi MiUi yang berasaskan Android. 

Mi3 juga tidak terkecuali. Ia dijana oleh MiUi versi 5 yang berasaskan Android 4.3 JellyBean. MiUi adalah antaramuka yang kelihatan ringkas dan mudah namun ia dilengkapi dengan bermacam tetapan yang memungkinkan pengguna mempunyai kawalan lebih pada peranti. 

MiUi tidak mempunyai ‚apps drawer‘, sebaliknya semua aplikasi diletak terus di antaramuka utama bersama widget manakala Android mempunyai fungsi memadamkan semua aplikasi yang beroperasi di belakang dengan menekan lama pada butang menu. 

‘Lock’ skrin MiUi juga ditambah beberapa fungsi. Jika skrin belum di‘unlock‘, menekan lama pada butang HOME akan menghidupkan lampu LED di belakang. Manakala dua ‚tap‘ pada lock skrin pula akan membawa ke menu kawalan lagu. 



Ciri paling menarik pada MiUi ialah kemudahan menukar seluruh antaramuka menggunakan Themes. MiUi mempunyai setor themes sendiri yang mana ia memiliki beratus themes berlainan yang boleh dipilih mengikut citarasa sendiri. 

Xiaomi Mi3 adalah satu peranti yang sangat berbaloi dimiliki apabila tiada 
peranti lain yang berada di pasaran Malaysia sekarang mampu memberi perkakasan seperti Mi3 pada harga di bawah RM1000. 

Kelemahan ketara adalah ketiadaan slot memori tambahan memandangkan slot 16GB adalah ruang yang kecil untuk kegunaan masa kini. 

INFO 

Produk: Xiaomi Mi3 
Pengeluar: Xiaomi 
Laman FB: XiaomiMalaysia 
Ciri: Telefon Android saiz 5 inci 
Pro: Harga murah 
Kontra: Tiada 4G, memori hanya 16GB

1 comments:

pokder said...

Betul ke susah nak tukar bahasa manderinnya?

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive