Friday, July 4, 2014

Home » » Altel Menawarkan Servis 4G Terlaju?

Altel Menawarkan Servis 4G Terlaju?

Share



Altel Menawarkan Servis 4G Terlaju?

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Syarikat telekomunikasi baharu, Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel) tidak mahu mensia-siakan peluang menerima blok terbesar lesen membangunkan perkhidmatan 4G, sebaliknya sedia memenuhi syarat-syarat pemberian lesen itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob berkata, pihaknya kini gigih menaikkan jenama Altel dengan bakal memperkenalkan produk sulung mereka, perkhidmatan talian prabayar secara rasmi pada Rabu ini.

Tegasnya, Altel ini tidak memiliki apa-apa kelebihan memandangkan tidak mempunyai prasarana 2G atau 3G sendiri seperti mana yang dinikmati oleh gergasi telekomunikasi sedia ada.

"Kami sekadar menerima lesen 4G sahaja. Walaupun menerima blok yang paling banyak, itu tidak bermakna kami adalah syarikat telekomunkasi yang besar.

"Syarikat lain juga dianugerahkan blok 4G tersebut. Altel masih perlu bersaing dengan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Altel adalah unit kepada Puncak Semangat Sdn. Bhd. (Puncak Semangat), iaitu syarikat pegangan di bawah Al-Bukhary Group bagi menumpukan sektor perkhidmatan teknologi maklumat.




Pada penghujung 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan lapan syarikat lesen mengakses spektrum 2.6GHz, yang membolehkan kesemuanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G iaitu pada kelajuan 100 megabit sesaat.

Lapan syarikat tersebut ialah Celcom, DiGi, Maxis, Packet One Networks (P1), REDtone, U Mobile, YTL dan Puncak Semangat (Altel).

Puncak Semangat dilaporkan menerima slot sebanyak 40 MHz, manakala yang lain menerima 20 MHz. Bagi membolehkan perkhidmatan yang diberikan pada kadar optimum iaitu 2x20 MHz, SKMM menggalakkan setiap pemain berkongsi blok dan prasarana.

Ekoran timbulnya kritikan terhadap pemberian blok 4G itu, SKMM menegaskan langkah itu dilakukan demi menggalakkan persaingan industri.

"Buat permulaan kami menawarkan perkhidmatan prabayar (2G dan 3G) melalui kerjasama yang dijalinkan bersama Celcom.

"Kerjasama itu turut membabitkan perkongsian separuh blok 4G kami dengan Celcom untuk menawarkan perkhidmatan pada kadar optimum," jelas Nik Abdul Aziz.

Perkhidmatan 4G Altel dijangka diperkenalkan pada separuh pertama tahun depan dan separuh lagi blok 4G mereka akan dibangunkan sendiri.

"Sesetengah pihak mungkin melabel kami sebagai operasi rangkaian maya bergerak (MVNO) kerana menggunakan prasarana Celcom bagi menawarkan perkhidmatan 2G atau 3G.

"Namun kaedah itu lebih menjimatkan. Jika tidak, kami perlu melabur RM1 bilion bagi membangunkan 2G dan 3G, padahal sudah ada kemudahan prasarananya (Celcom)," kata Nik Abdul Aziz.

Katanya lagi, Altel masih perlu menawarkan perkhidmatan 2G dan 3G supaya dikenali pasaran sebelum menawarkan 4G.

Buat permulaan, mereka melakukan pelaburan sebanyak RM300 juta untuk membangunkan perkhidmatan mereka dengan melalui sumber pembiayaan dalaman.

Menjelang perkenalan perkhidmatan prabayarnya, Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya pengenalan rasmi diadakan lebih awal namun sedikit lewat kerana mahu memperbanyakkan lagi rangkaian jualan pek pra bayar serta pusat tambah nilai.

Maklumat lanjut di laman web www.altel.my

4 comments:

Nizam said...

Bagus. Biar bertambah syarikat telco ni. Ada persaingan confirm harga akan makin murah. Pengguna untung.
Blog Shop Malaysia

Anonymous said...

Untuk menhetahui lebih lanjut anda boleh like fan page Altel kami di:
https://m.facebook.com/profile.php?id=705306976208309

https://m.facebook.com/profile.php?id=1489350897969146

Anonymous said...

Sila like link saya atau whatapps di 0193338487

https://m.facebook.com/profile.php?id=705306976208309

https://m.facebook.com/profile.php?id=1489350897969146

Kayvermaelen Rie said...

Sila search di FB anda... Gtfour Altel
Kami sedia membantu anda...terima kasih..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive