Wednesday, May 28, 2014

Masjidilharam Tanpa Bayang 2 Kali Setahun?

Share


Masjidilharam Tanpa Bayang 2 Kali Setahun?

Kuala Lumpur: Berlaku fenomena Istiwa Kaabah atau Istiwa A'zam pada jam 5.16 petang ini di mana kedudukan matahari akan bergerak dan berada tepat di atas kaabah.

Fenomena itu berlaku dua kali pada setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai tepat jam 5.28 petang. 

Istiwa Kaabah boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di seluruh dunia. 

Ketua Unit Kembara Angkasa, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Mohd Razlan Ahmad, berkata kedudukan Kaabah Masjidilharam ketika itu pada kordinat latitud 21 darjah, 25 minit dan 24 saat (utara) manakala longtitud 39 darjah, 49 minit dan 24 saat (timur).

"Jika berada di sana (Masjidilharam), umat islam akan lihat kaabah serta apa saja yang berdiri tegak di persekitarannya seolah tidak ada bayang-bayang dan ketika itu waktu di sana adalah sekitar jam 12.16 tengahari.

"Jika di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna sedang menghadap tepat ke arah kiblat," katanya. 

Katanya, cara untuk tentukan kedudukan adalah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan serta apa saja benda tegak 90 darjah sebagai panduan. 

"Umat Islam perlu mengambil peluang ini dan memanfaatkan kejadian yang menunjukkan kebesaran tuhan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad berkata, Istiwa Kaabah berlaku disebabkan laluan peredaran matahari pada dua waktu ini setiap tahun di mana akan melalui tepat garisan Kaabah. 

"Tidak timbul dakwaan sama ada arah kiblat berbeza atau sebagainya. 

"Penggunaan kompas sering digunakan untuk menentukan arah kiblat dan kadang kala berlaku ketidaktepatan menentukan arah itu disebabkan tarikan magnet kompas itu sendiri. 

"Begitu juga arah kiblat di masjid apabila berlaku kekeliruan arah kiblat. Pembinaan sebuah masjid adalah berdasarkan batu sempadan masjid yang kadangkala tidak begitu tepat bagi menentukan arah kiblat," katanya. 

Katanya, fenomena Istiwa Kaabah dimanfaatkan untuk umat Islam menyemak dan menentukan kedudukan arah kiblat berdasarkan tiang, bangunan dan sebagainya.

Peperiksaan SPA Online Dilancarkan

Share


Peperiksaan SPA Online Dilancarkan

PUTRAJAYA 27 Mei - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melaksanakan kaedah peperiksaan secara atas talian bagi memilih calon berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong dalam sektor awam bermula hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kaedah berkenaan dibuat bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu seperti sebelum ini.

Beliau berkata, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara tradisi termasuklah perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

``Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara.

``Masa yang ditetapkan untuk peperiksaan berlangsung juga serentak dan mereka akan menerima nombor giliran sebelum menduduki peperiksaan," katanya pada sidang akbar Majlis Pelancaran Sistem Peperiksaan Online di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun turut hadir bagi menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. - UTUSAN ONLINE


Tuesday, May 27, 2014

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

Share




TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. 

Memakan mi segera seperti maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei) 

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. 

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang. 

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang. 

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Sunday, May 25, 2014

Keputusan Final Piala Thomas 2014: Malaysia vs Jepun

Share

Keputusan Final Piala Thomas 2014: Malaysia vs Jepun 


Malaysia vs Jepun

Tarikh: 25 Mei 2014

Masa: 5.30 petang waktu Malaysia


Perseorangan 1 

Set 1 
Lee Chong Wei 21
Kenichi Tago 12

Set 2
Lee Chong Wei 21
Kenichi Tago 16


Beregu 1 

Set 1
Tan Boon Heong/Hoon Thien How 21 
Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo 12 

Set 2 
Tan Boon Heong/Hoon Thien How 17 
Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo 21 


Set 3 
Tan Boon Heong/Hoon Thien How 19 
Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo 21 


Perseorangan 2 

Set 1 
Chong Wei Feng 15 
Kento Momota 21 

Set 2 
Chong Wei Feng 17 
Kento Momota 21 


Beregu 2 

Set 1 
Goh V Shem/Tan Wee Kiong 19 
Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 21 

Set 2 
Goh V Shem/Tan Wee Kiong 21 
Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 17 

Set 3 
Goh V Shem/Tan Wee Kiong 21 
Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 12 


Perseorangan 3 

Set 1 
Liew Darren 12 
Takuma Ueda 21 

Set 2 
Liew Darren 21 
Takuma Ueda 18 

Set 3
Liew Darren 17
Takuma Ueda 21


Jepun juara baru Piala Thomas 2014 dengan agregat 3-2. Walaupun Malaysia kalah tapi tetap berikan tentangan sengit. Jepun bukan lagi pasukan belasahan. Tahniah Jepun!

Friday, May 23, 2014

Keputusan Piala Thomas 23 Mei 2014: Malaysia vs Indonesia Semi Final

Share


Keputusan Piala Thomas 23 Mei 2014: Malaysia vs Indonesia Semi Final

Perseorangan 1 

Set 1 
Lee Chong Wei 21 
Tommy Sugiarto 19 

Set 2
Lee Chong Wei 21 
Tommy Sugiarto 13

Beregu 1 

Set 1
Tan Boon Heong/Hoon Thien How 21
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan 19

Set 2
Tan Boon Heong/Hoon Thien How 8
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan 21

Set 3
Tan Boon Heong/Hoon Thien How 23
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan 21

Perseorangan 2 

Set 1
Chong Wei Feng 21
Dionysius Hayom Rumbaka 10

Set 2
Chong Wei Feng 21
Dionysius Hayom Rumbaka 17

Malaysia layak ke final Piala Thomas 2014 dengan agregat 3-0

Lawan Malaysia menanti di final adalah Jepun.Tahniah Malaysia! Malaysia boleh!


Beregu ke-2 dan perseorangan ke-3 tidak perlu bermain:

Goh V Shem/Tan Wee Kiong 
Ryan Agung Saputra/Angga Pratama

Liew Darren 
Simon Santoso

Friday, May 9, 2014

Hujan Meteor di Malaysia 23 dan 24 Mei 2014

Share


Hujan Meteor di Malaysia 23 dan 24 Mei 2014

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kataAngkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.


Monday, May 5, 2014

3 Sebab Utama Wanita Jadi GRO

Share


3 Sebab Utama Wanita Jadi GRO

Antara sebab gadis dan wanita Melayu menjadi pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan.

1. Keruntuhan Rumah Tangga

Ramai GRO berstatus janda dan mempunyai anak dijaga sendiri atau tinggal bersama orang tua. Jika di sepanjang perkahwinan mereka menjadi suri rumah sepenuh masa, sebaik bercerai, mereka bak kehilangan arah tujuan tanpa sumber pendapatan. Ketika dibebani tanggungjawab rutin, pelawaan kenalan untuk bersama bertugas sebagai GRO lazimnya pasti memancing perhatian mereka. Andai janda kecewa itu masih muda, gebu dan rupawan, kehadiran mereka di pusat hiburan, bak magnet menarik perhatian ramai pelanggan lelaki. Lelaki dahagakan belaian berbayar. Wang diperolehi oleh GRO, digunakan untuk menyara kehidupan keluarga tanpa kehadiran suami.

2. Kehidupan Usia Muda dipunahkan Oleh Teman lelaki

Sangat malang sekiranya gadis sunti menyerahkan tubuh mereka kepada teman lelaki atas nama cinta. Sebaik hubungan berakhir, majoriti mereka berasa diri lunyai, sekaligus kurang atau tidak lagi bernilai. Dihantui oleh perasaan sebegitu, mereka terbuka kepada sindrom alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. 

Ringkasnya, tiada imbuhan lumayan diperolehi di sepanjang waktu melayan nafsu bekas teman lelaki berbanding bayaran diterima hasil memenuhi kehendak ditagih oleh pelanggan di pusat hiburan. Difahamkan, pendapatan bulanan terendah diperolehi oleh GRO, RM3,000 dan jika mereka melakukan kerja 'ekstra', gaji diraih mampu mencecah belasan ribu ringgit.

3. Memburu Kemewahan

Majoriti daripada GRO tidak berpelajaran tinggi dan cetek ilmu agama. Namun tidak dapat dinafikan, segelintir daripada mereka, penuntut institusi pengajian tinggi. Wang diperolehi hasil digomoli lelaki digunakan untuk membeli barangan keperluan harian tidak mampu ditampung dek wang pinjaman. Kelompok ini tidak ramai tetapi status 'pelajar' itu sentiasa lebih memikat perhatian lelaki hidung belang. Majoriti GRO, ingin memburu kemewahan hidup, oleh itu mereka sanggup berbuat apa sahaja sehingga menjadi pelacur sambilan. 

Berbekalkan imbuhan ribuan ringgit sebulan, mereka berpeluang tampil dengan pakaian bergaya dan memiliki gajet terkini. 

Itu realiti kehidupan GRO.

Thursday, May 1, 2014

Akhirnya Harta Karun Pulau Nangka Berjaya Ditemui

Share

Akhirnya Harta Karun Pulau Nangka Berjaya Ditemui
PERBANDINGAN duit syiling 50 sen (tengah) dengan dua mata wang syiling dipercayai campuran emas dan tembaga yang ditemui ketika kerja penggerudian dinding batu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka, Jasin, Melaka, malam tadi. Syiling yang dipercayai peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka itu berukuran 6 sentimeter dan masing-masing tertera tulisan sanskrit dan jawi kuno.
MELAKA: Dua keping 'medal' tembaga dipercayai daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui dalam pencarian harta zaman kesultanan itu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka dekat sini, malam tadi. 

EXCO Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata 'medal' itu ditemui pada jam 11.30 malam tadi, bagaimanapun kesahihan artifak itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini. 

"Saya bersama pasukan saya akan pergi ke pulau itu petang ini untuk melihat sendiri medal itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Ditanya sama ada kontrak pencarian selama empat bulan diperoleh syarikat itu yang tamat pada jam 12 malam tadi akan dilanjutkan selepas penemuan berkenaan, beliau berkata perkara itu akan ditentukan selepas segala urusan berkenaan penemuan medal itu selesai. 

"Kita tengok sama ada benarkan syarikat itu teruskan atau tidak, pencarian syarikat itu tidak akan ganggu usaha pencarian syarikat kedua kerana lokasi pencarian dua syarikat ini berbeza," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive