Friday, November 8, 2019

Home » , » Petua Kuruskan Badan : Minum Teh Hijau

Petua Kuruskan Badan : Minum Teh Hijau

Share

Petua Kuruskan Badan : Minum Teh Hijau

Untuk membakar lemak di dalam badan, lemak tersebut perlu dihancurkan oleh sel lemak dan dihantar ke saluran darah untuk digunakan sebagai tenaga. Contohnya, sel otot akan gunakan tenaga yang dihancurkan dari lemak tersebut untuk meregang dan mengecut semasa kita bergerak.

Jadi, dengan meminum teh hijau, sejenis hormon norepinephrine di dalam badan anda akan meningkat dan memaksa sel lemak membakar lemak dengan lebih efektif. Anda akan berjaya kuruskan badan dengan cepat apabila anda amalkan meminum teh hijau setiap hari. Kerana teh hijau juga membantu pembakaran kalori walaupun anda dalam keadaan rehat/ tidak bergerak.

Satu kajian telah dijalankan ke atas 240 orang lelaki dan wanita selama 12 minggu. Dalam kajian ini, kumpulan yang meminum teh hijau menunjukkan penurunan pada lemak badan, lemak di bahagian perut, dan ukur lilit pinggang lebih slim.

Pendek kata, teh hijau menyumbang kepada pembakaran lemak yang lebih efektif dan menghilangkan lemak terutama di bahagian abdomen (perut).

Praktikkan: Minum teh hijau (Boh, Lipton, Jasmine) setiap hari. Perah buah lemon untuk hilangkan rasa pahit teh hijau.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive