Tuesday, January 7, 2020

Home » » Fingo Tiada Kaitan Dengan Boy Iman

Fingo Tiada Kaitan Dengan Boy Iman

Share

Fingo Tiada Kaitan Dengan Boy Iman

KUALA LUMPUR – Fingo Sdn. Bhd., (Fingo) operator pasaran e-dagang sosial menafikan pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Kelab Komuniti Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) yang turut dikenali Fingo star.

Fingo dalam satu kenyataan menegaskan, syarikat itu turut tidak terlibat membuat anjuran pada majlis perasmian KUSM baru-baru ini.

Jelasnya, kehadiran wakil Fingo pada majlis perasmian itu adalah atas daripada jemputan pihak penganjur itu sendiri.

“Pihak kami tidak menandatangani atau membuat sebarang perjanjian mahupun kerjasama dengan KUSM atau Fingo Star.

“Kami menasihati jika terdapat aktiviti menggunakan ‘trademark” atau hak cipta nama atau logo, ia memerlukan kelulusan daripada syarikat Fingo Malaysia Sdn. Bhd..

“Jika tidak, ia akan dianggap menentang kepentingan perniagaan kami. Syarikat kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab,” jelas kenyataan itu.

Baru-baru ini Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) turut menafikan ada penglibatan pihaknya dengan program KUSM atau Fingo Star.

Dalam satu kenyataan, MED menafikan ada penglibatan baik secara langsung atau tidak langsung.

Ia ekoran paparan laman sosial milik Datuk Boy Iman pada 26 November lalu yang menyatakan ada penglibatan MED dalam program anjuran Fingo (M) Sdn Bhd dan Kelab Usahawan Selebriti.- MalaysiaGazette


Join Fingo sekarang bersama zuarchicharito Team. Klik link di bawah untuk sign up.


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive